Pusat Rujukan Ilmu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wajib Berwudhu’ Sebelum Solat

Go down

Wajib Berwudhu’ Sebelum Solat Empty Wajib Berwudhu’ Sebelum Solat

Post  Admin Thu May 28, 2009 11:21 am

Hadith

Daripada Abu Hurairah r.a katanya nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah tidak menerima solat salah seorang daripada kamu apabila ia berhadas sehingga ia berwudhu’.”

al-Bukhari Muslim

Huraian
Hadas terbahagi kepada dua iaitu:
1.Hadas besar - berlaku dengan sebab keluar mani, bersetubuh, keluar darah haid, nifas, bersalin atau keguguran. Cara bersuci daripada hadas ini ialah dengan mandi wajib.
2.Hadas kecil - berlaku apabila berlaku proses buang air kecil dan besar, keluar angin (kentut) atau bersentuhan dengan yang bukan muhrim. Cara bersuci daripada hadas ini ialah dengan berwudhu’.
Apabila seseorang berhadas dan hendak mengerjakan solat hendaklah ia bersuci kerana Allah tidak menerima solat yang dikerjakan dalam keadaan berhadas.
Admin
Admin
Admin


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum