Pusat Rujukan Ilmu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Amalan minum Rasulullah

2 posters

Go down

Amalan minum Rasulullah Empty Amalan minum Rasulullah

Post  core_i7 Wed Mar 18, 2009 8:18 am

*Amalan Minum Rasullullah*
------------ --------- ---------
Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga
suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman,
Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah
tamar). Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut "Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul
didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat
untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan

Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah "Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain
9. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat
untuk penyakit.

Mari kita amalkan..insyaAllah....
core_i7
core_i7


Back to top Go down

Amalan minum Rasulullah Empty Re: Amalan minum Rasulullah

Post  afizsxp Tue Mar 31, 2009 3:56 am

Bagus tol post ko ni..
story ni seingat aku mase tu darjah 2
ustaz yg story tu name die ustaz kasbani
dan takde kene mengene ngan ustaz ztecon
maupun suku sakat dan sahabat handai serta kaum
kerabat beliau di muke bumi ni...
hehehe Laughing Laughing Laughing Laughing Suspect Suspect
afizsxp
afizsxp


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum