Tahniah USM,UTM,dan UniMAP

View previous topic View next topic Go down

Tahniah USM,UTM,dan UniMAP

Post  Admin on Fri Mar 20, 2009 9:49 pm

BERITA HARIAN

RazakSAT mulakan perjalanan esok


KUALA LUMPUR: Satelit kedua negara, RazakSAT, akan diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang, dekat sini, esok, menjelang pelancarannya di Bucholz Army Airfield, Pulau Kwajalein berhampiran Guam, Amerika Syarikat, pada 21 April ini.

Majlis penghantaran satelit kelas mini seberat 190 kilogram (kg) menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu akan disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili.

RazakSAT, sempena nama Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, adalah satelit penderiaan jarak jauh pertama yang akan dilancarkan ke orbit Hampir Khatulistiwa (NEqo).

Satelit itu yang akan dilancar ke orbit menggunakan kenderaan pelancar Falcon-1 milik SpaceX dari Amerika Syarikat, dibina menggunakan kepakaran tenaga tempatan dari syarikat Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB).

RazakSAT adalah susulan kepada program TiungSAT-1 yang ilancarkan pada tahun 2000.

Berbanding TiungSAT-1 yang lebih kepada sesi ujian, RazakSAT dianggap satelit yang berkeupayaan memantau permukaan bumi dan alam sekitar dari segi aplikasi penderiaan jarak jauh seperti pertanian, pembangunan bandar, pengurusan bencana alam, pemetaan dan keselamatan.

Selain itu, dua satelit kecil iaitu CubeSAT dan InnoSat juga akan dilancarkan bersama RazakSAT untuk tujuan penyelidikan di samping berfungsi menstabilkan kedudukan RazakSAT di orbit.

CubeSAT dibangunkan oleh ASTB manakala InnoSAT pula dimajukan oleh tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - Bernama


Jumaat, 20 Mac 2009 , 23 Rabiulawal 1430[b]

Salah satu lagi kejayaan Malaysia!
avatar
Admin
Admin


View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum